Welcome to Our World!

Welcome to Our World!

Friday, June 25, 2010

Luqman Melanjutkan Pelajaran ke UK


KLIA, Ogos 2009 – Salah seorang anggota Kashfy, Luqman Faiz kini telah menyambung pengajian ke UK setelah 2 tahun menuntut di International Medical University (IMU), Bukit Jalil mengambil program ijazah berkembar. Beliau menuntut dalam bidang perubatan dan sekarang meneruskan tahun klinikal perubatan di University of Manchester, United Kingdom selama 3 tahun. Manakala tiga orang lagi anggota Kashfy masing-masing sedang menuntut di tahun akhir Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Ihsan sedang menuntut dalam tahun akhir perubatan di UIA Kuantan manakala Suhairil dan Syafiee masing-masing menuntut dalam tahun akhir kejuruteraan dan senibina di UIA Gombak. Komitmen pelajaran ini memungkinkan Kashfy untuk menangguhkan aktiviti-aktiviti rakaman dan persembahan pentas buat sementara waktu dan lebih menumpukan kepada aspek-aspek teknikal dan penyelenggaraan untuk beberapa perancangan terbaru di bawah syarikat Kashfy Entertainment.

1 comment:

Az imah said...

Tahniahhh...bole kongsi maklumat pelajar yang lanjut ke uk dlm bidang finance di Manchester university. www.azimahshukor.blogspot.com