Welcome to Our World!

Welcome to Our World!

Wednesday, June 25, 2008

Pelancaran Album Remaja Berselawat



Kuala Lumpur,Januari 2006- Album Remaja Berselawat telah di lancarkan di Pejabat Urusan Telaga Biru, Bandar Sri Damansara. Album ini mengandungi 13 track selawat-selawat popular yang dilagukan.Antaranya ialah Selawat Kamaliah, Selawat Al-Bihar, Selawat Tenteram Jiwa, Selawat Sayyid Ahmad Al-Badawi, Selawat Tafrijiyah, Selawat Sa'adah, Selawat Isra' wal Mi'raj, Selawat Jibril dan Selawat Popular. Kesemua selawat ini dialunkan dengan latar belakang music percussion.

Selawat-selawat dalam album ini dinyanyikan oleh kumpulan Kashfy bersama-sama dengan Nordin Ja'afar(Solo kumpulan Alarmme).Album ini telah diterbit dan diedarkan oleh Telaga Biru Sdn. Bhd. Album ini boleh di dapati di kedai-kedai buku agama, stesen petronas dan kedai-kedai music yang terpilih dengan harga RM19.90.

Selawat yang terkandung dalam album ini amat sesuai untuk di amalkan dan dengan susunan music yang ringkas, memudahkan pendengar untuk menghafal dan mengamalkan selawat tersebut sebagai amalan seharian.Susunan music latar yang rancak juga sesuai untuk didengar dan menenangkan jiwa.


"Tenangkan jiwa & amanlah dua dunia dengan selawat Rasulullah s.a.w."

2 comments:

shaqyl said...

nak beli la. boleh dengar time travel pegi dan balik class. 1 hour each traveling time tuh. nak beli kt sue je, leh?

alif zai mim ra said...

slm kashfy...

chaiyok chaiyok!! moge istiqamah di jlnNYA. :D